Monday 25 July 2011

Cinta Bukan Segalanya...

salam ♡ hai korang.. aku tertarik dgn satu artikel ni n nk share dgn korang, cintan cintun skit mlm ni ok?? heee~


...Pesan pada hati,usah terlalu m'benci akan satu wajah,kerana rindu pasti bertandang...
Pesan pada hati,usah merindu pada kenangan.kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan...
Pesan pada hati,jangan terkenang-kenang akan cinta lalu,kerana akan ada kecewa yang hadir..

Cinta itu kekuatan dalam diri memberi satu perasaan yang sukar dinyatakan.. Dan selalunya kita tidak menduga bila datangnya satu perasaan yang digelar cinta itu hadir.. Dan ada satu tika cinta itu datang, kita langsung tidak menyedari hinggakan pada satu saat bila kita lepaskan seseorang..Disaat itulah baru kita tahu dan sesal tiada gunanya lagi..

Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Memang perit m'hadapi kenyataan bila apa yang di cita tidak selari dengan rasa yang m'cengkam..Dan seolah dunia tidak adil pada kita.. Memberi kita satu tekanan yang kita rasakan kita tidak mampu untuk menangung..

Pintaku cuma hapuskan saja kesedihan yang lara.. Usaplah airmata yang mengalir itu.. Hadapilah dengan senyuman akan hari-harimu.. Tak ingin lagi melihat kamu melayang dalam duka.. Kerana jauh mana kamu menjauhi,tetap kamu dalam kehormatanku..

Mana rasamu yang dulu,masih tetap segar dalam kiniku.. Kerana bagiku kamu selalu ada denganku.. Ada dalam hatiku.. Kerana duka sakit dalam merindui itu amat letih dan sayu menyelami hari mendatang. Dan semakin lama jiwa akan lebih sayu...

Dan kadang kita selalu terleka dgn buaian nafsu yang m'goda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dgn bisikkan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itu cinta.. Tapi kita silap dalam menilai..Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mencari bukan hak kita..

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita, tetapi dgn menangisi dan menyesali akan dosa kta lantas meminta pengampunan dariNYA akan lebih menjamin dunia dan akhirat..

No comments:

Post a Comment